13.5.09

SALAM PERKENALAN UNTUK SEMUA

Salam ukhwah dan hormat dari kami seluruh wargakerja Masjid Kampung Kuantan Klang khususnya kepada semua penduduk atau qariah di bawah pentadbiran Masjid Kg Kuantan Klang di mana kami warga kerja Masjid yang baru di lantik berkuat kuasa 1hb Jun 2009.

Harapan kami agar kita sama-sama merapatkan lagi hubungan silaturrahim dalam mengimarahkan Rumah yang amat mulia ini..InsyaAllah.

Dan kami amat berharap dengan ujudnya blog ini dapat kita berkomunikasi serta mendapat maklumat -maklumat terkini serta info-info yang berkaitan dengan Islam dan lain-lain lagi sesuai dengan matlamat kami untuk menjadikan hubungan antara umat Islam dan masjid sebagai hubungan 'mesra masjid'....
Sampai di sini sahaja dahulu dan selamat melayari blog kami .

Salam mesra dari kami

warga kerja Masjid KK,Klang